Monday 30 April 2012

Zikir Harian (1000 kali)

JUMAAT
(Ya Allah)
- Allah akan memberi ketenangan hati kepada org yang membacanya.

SABTU
(La ilaha illallah)
-Setiap kali kita menyebutnya,Allah akan hampir kepada kita, dan Allah akan beri segala kebaikan kepada kita.

AHAD
(Ya Hayyu Ya Qayyum)
- Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat, serta ingin dicintai oleh setiap manusia.

ISNIN
(La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim)
- setiap satu kali bacaan Allah memberi pahala sebesar bukit uhud, dan Allah akan menghitung sifat2 mazmumah dalam diri kita.

SELASA
(Allahumma salli 'ala 'abdika warusulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim)
-Setiap satu kali bacaan Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun.

RABU
(Astaghfirullahal 'a ziim)
- Setiap satu kali bacaan Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati.

KHAMIS
(Subhanallahii 'aziim Subhanallahi wabihamdihi)
- Setiap kali bacaan Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di Syurga.



Sunday 22 April 2012

silapnya seorang wanita

SILAPNYA SEORANG WANITA ialah:

bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI  SEPENUH HATI..
bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI.. wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu.. mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu.. mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..

makanya, SELAGI BELUM PASTI.. jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH.. JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi.. maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..

dirimu amat MULIA, maka.. untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu.. :)

ampunkanlah dosa2ku Ya Allah

Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu..
dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku ampunkanlah dosaku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar..

Tuesday 17 April 2012

anak solehah --> Isteri Solehah --> Ibu mithali


InsyaAllah.. Amin..

lelaki dan wanita

"wanita yang suka melayan ramai lelaki tidak sesuai untuk dijadikan isteri" Ust. Azhar Idrus

lelaki yang suka melayan ramai wanita juga tidak sesuai untuk dijadikan suami!

Sunday 1 April 2012

Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku

Bila bercakap soal jodoh ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan.. tapi bila bercakap soal hidayah, ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hidayah itu perlu dicari bukanya tunggu jatuh ke riba..

Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku..

My Beloved Family

really miss my family :(


hope berkesempatan jumpa mereka.. 

mood : xsbr nk balik khamis ni ^_^