Saturday 29 September 2012

Air Mata

"..Memang sakit ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita tetapi takdir berkata lain hanya meninggalkan rasa sakit dan pedih.. akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari Allah.. kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan di tentukan oleh Yang Maha Berkuasa.. Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tidak selamanya bersama kita.. namun menangislah saat kita lupa pada yang maha berkuasa, segala kesusahan akan hilang pada waktunya dan akan menimbulkan keindahan kelak, percayalah pada kebesaranNya.. bahawa Allah Maha Tahu, mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya.. bahagia bukan berada dihujung jalan tetapi di sepanjang jalan. seringkali kecewa itu hadir mungkin atau memang kerana kita menaruh harapan besar pada manusia bukan pula pada Allah.."

p/s : Rupanya LEBIH BERAT menanggung AIR MATA di hati berbanding MENGESAT air mata di pipi..


Thursday 27 September 2012

Jangan sangka orang yang kita CINTAI adalah jodoh kita

Mengapa terjadi perpisahan dengan seseorang yang kita sayang? sebabnya Allah mahu menguatkan kembali hati kita. kita tak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal.

Jangan sangka orang yang kita CINTAI adalah jodoh kita.. dan jangan sangka orang yang kita BENCI bukan jodoh kita.. 



Tak perlu rasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Tiba masanya, kita pulak akan merasa bahagia. Allah itu Maha Adil :)

Jika kita tidak peroleh bahagia di dunia, yakinlah kita akan meraihnya di akhirat kelak. Janji kena beriman dan bertakwa pada Allah.