Saturday, 28 May 2011

~Yang Terindah~

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Thursday, 26 May 2011

cara menurunkan berat badan paling mudah

Mengunyah gula-gula getah
 - Sesiapa yang mengunyah gula-gula getah selama 15 minit setiap sejam di antara waktu makan tngahari (12p.m ke atas) hingga ke makan petang (4p.m-7p.m) telah membakar  lebih kurang 60 kalori (8 grams) berbanding daripada mereka yang tidak memakan gula-gula getah.


 Minuman
 - (JUS SAYURAN) Dalam sebuah kajian terhadap 81 orang dewasa, dengan meminum jus sayuran rendah natrium setiap hari, risiko penyakit jantung dan diabetes dapat dikurangkan.Mereka juga akan kehilangan 4 pound selama 12 minggu, berbanding minuman rendah lemak yang lain hanya kehilangan 1 pound.
(Teh hijau)- Sesiapa yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti, dengan melakukan senaman dapat membakar 3 pound lemak atau lebih dan 7 peratus lemak masalah perut buncit dapat dikurangkan dengan meminum teh hijau. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan minuman yang manis dan bergas.



Tidur 
- Hasil kajian daripada 32 orang pelajar musim panas Hendrix College di Conway, Arkansas selama tiga minggu menunjukkan bahawa mereka yang tidur satu atau dua jam tambahan dapat menurunkan lebih kurang  300 kalori (1.4 grams).


Cendawan
 - Menurut daripada hasil kajian kesihatan Johns Hopkins Bloomberg School, para penyelidik menganggarkan bahawa jika anda menggantikan daging  kepada cendawan sekali seminggu, anda boleh kehilangan 5 pounds dalam setahun.


Simple Untill Six 
- Hasil daripada penulisan Mark Bittman, plan diet yang beliau cadangkan adalah dengan mengambil makanan sayuran sahaja pada siang hari (tiada daging, tiada karbohidrat) dan ambil makanan yang berpatutan pada sebelah malam. Ini adalah cara untuk mengurangkan kalori secara semulajadi.

Friday, 13 May 2011

Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 


"Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.", getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

"Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…", bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

"Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...", tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.


Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa'. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

"Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...", hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

"Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…", syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari'ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa'adatul Sakinah...

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, Izhar...

Wassalam saudaraku Muhd Izhar...

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

"Astaghfirullahal 'azim... Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..", doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...

Sunday, 8 May 2011

Lelaki Ego

Search pnya search terjumpala satu article ni..kisah cinta.. menarik.. sedih bila baca.. sangat menyentuh perasaan..bnyk isi tersurat dan tersirat dsblik kisah  ni.. sama2lah kita menghayatinya.. :)


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang.

Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku,

"Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang.

Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.


"Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,"
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan.
Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu.

"Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau," hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu.

Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

"Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…"

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

"Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late.." Aku tersenyum sendiri.

Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas.

Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, "Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf," pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

"Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?" jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

"Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok," ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku.

Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

"Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?" aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

"Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi.

Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. "Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.



Sebenarnya gadis ni nak pkhwinan dia dipleihara Allah bila tidak membenarkan tangannya dipegang semasa berkawan ngan lelaki tu. Allah dlm firman Nya dah berjanji sdmikian. Jika stiap psngan mnjaga adab prgaulan shingga mereka brkhwin menurut lunas islam, Allah akan pliharakan pkhwinan mereka hingga ke akhir ayat. Kpd mana2 lelaki, hargailah wanita yang mcm ni sbb dia cuma mau apa yg ada pdnya suaminya saja yg harus miliki bukannya untuk lelaki yang akan meninggalkan dia.





Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.. 

Wanita hiasan dunia Seindah hiasan adalah wanita solehah..










Semua itu takdir yang tidak perlu kita sesali. malah patut kita syukuri kerana yang pasti ALLAH akan gantikan kesakitan itu dengan sesuatu yang lebih manis untuk kita nikmati pada masa depan. semua yang berlaku pasti ada hikmahnya ...


1) memang ALLAH sengaja buat macam tu. biar kita bertemu dahulu dengan orang yang salah supaya apabila kita sudah bertemu jodoh yang sebenar, ada rasa syukur dalam diri kita terhadap ketentuan-Nya. ia hanyalah untuk menguji diri kita dan mengajar kita erti cinta seorang manusia.


2) memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah dahulu sebelum bertemu jodoh yang sebenar. ALLAH jadikan ini semua untuk menjadikan kita sebagai seorang penilai yang baik. teliti dengan apa yang berlaku dalam kehidupankita selama ini. dapat menilai perkara baik dan buruk.


3) ALLAh sengaja menemukan kita dengan orang salah kerana mahu kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk tuhan yang sentiasa memerlukan pertolongan daripada-Nya walau dalam apa perkara sekalipun.


4) ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah dahulu supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita kelak.


5) ALLAH memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah kerana dia mahu kita sedar bahawa ALLAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat dan tepat untuk kita jalani kehidupan pada masa hadapan.


6) ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah kerana dia mahu kita mengutip pengalaman yang belum tentu semua orang akan mengalaminya selain dapat mendidik hatikita tabah menghadapi segala dugaan jiwa seperti ini.


7) ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah kerana ALLAH mahu kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.


8) ALLAH memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang terbaik hanya ada bersama ALLAH.


9) ALLAH memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar dan kita lebih mengenali bahawa HIDUP TIDAK KEKAL SELAMA-LAMANYA. ia hanya bersifat sementara yang dipinjamkan oleh ALLAH kepada kita untuk memberi kesempatan kepada kita menikmati kehidupan di dunia ini..

Saturday, 7 May 2011

Terima Kasih 'Mak'..

Assalammmualaikum w.b.t..

Selamat hari ibu kepada ibu-ibu di luar sana.. terutama sekali kepada ibuku JAMILAH BT HAMID.. selamat hari ibu mak :)

Sayang Mak....

Mak.. terima kasih di atas semua pengorbanan mak selama ni dalam mendidik dan membesarkan kami adk beradik.. Kami tahu, kami dan adik beradikk dah banyak buat salah pada mak..kami berdosa pada mak.. kami banyak menyusahkan mak.. mak dah banyak bersabar dengan karenah kami semua.. ampunkan kami mak.ampunkan kami.. InsyaAllah kami janji kami cuba untuk tidak menyusahkan mak lagi, tidak sakitkan hati mak lagi..

Besar pengorbanan mak.. tak ternilai.. mak banyak membantu Abah mencari rezeki untuk kita semua.. sedikit sebanyak mak meringankan beban Abah semata mata untuk membesarkan kami, bagi pelajaran pada kami.. Pagi petang siang malam mak xpernah jemu buat kuih untuk jual..walaupun mak letih buat semua tu..mak tetap teruskan.. semua ni hanya untuk beri rezeki yang secukupnya pada kami..mak xnak kami susah.. Apa yang kami nak semua mak tunaikan.. sekarang ni anak2 mak semua tengah belajar.. Hal2 rumah semua mak yang uruskan..pagi mak buat kuih..lepas buat kuih mak terus masak tgh hari pula..lepas masak pergi amik adik kat sekolah pula..lepas tu hantar untuk kelas petang pula.. lepas siap diri solat semua mak terus sambung wat kuih sampai petang.. bila mak rehat?nak siapkan kerja2 rumah lagi..banyk kan kerja mak..mesti mak letih.. 'Cek' kt sini jauh..xbleh nak tolong mak wat kerja rumah..hmm..sebak rasa.. kadang2 malam pun mak buat kuih.. Bila tempahan tak banyak  barula mak ada masa sikit  untuk rehat kan.. semua keja mak uruskan..ada ja kerja mak nk buat..bila kami semua cuti barula ringan sikit beban mak kan..mak xpernah mengeluh..

Teringat masa tahun lepas..masa mak sibuk buat kuih jari mak termasuk dalam mesin canai..luka.. Ya Allah..sebaknya hati ni.. Mak sikit pun tak bagitaw kami..sedar2 kami nampak jari mak dah berbalut..bila tanya baru mak cerita..  betapa berharganya seorang ibu.. Mak.. kami adik beradik minta ampun pd mak, kami banyak berdosa pada mak.. kami sangat sayangkan mak.. Terima kasih mak atas pengorbanan mak membesarkan kami.. Tanpa mak tak adala kami..

I LOVE YOU MOM.. LOVE YOU SO MUCH!.. THANK YOU FOR EVERYTHING..

Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku.. Kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku Ya Allah.. Kau berilah kesempatan kepadaku untuk membalas jasa-jasa mereka Ya Allah.. Kau berilah kesempatan kepada ibu bapaku melihat kejayaanku ini.. Kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga.. sesungguhnya Kau lah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Amin Ya Rabbal'alamin..


Kasih anak sepanjang jalan, kasih ibu sepanjang hayat. Ya Allah, curahkan kasih sayang-Mu pada orang tuaku.
" Allahummaghfirlanaa waliwaalidainaa warhamhumaa kamaa rabbayanii shaghiiraa." Amiin..

Buatmu Ibu  

Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa 

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan?

Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 

 

Air Mata Ibu 


Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu
Apakah sebenarnya

 

Zina Hati? Tangan? Kaki? Mulut? Mata?

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang artinya, 

“Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah). dan 

“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).

yang ingin saya tanyakan apa yang di maksud dengan “semua itu dibenarkan oleh kelamin atau d gagalkan”…? apakah yang dimasud disini zina seperti melakukan hubungan suami istri, atau hanya merasakan adanya getaran ketika sedang berbicara (tidak secara langsung dan tidak berdua), apakah hal tersebut termasuk zina hati…?

Jawaban M Shodiq Mustika:

wa’alaykumus salaam…

Ungkapan “Dan semuanya dibenarkan atau ditidakkan oleh alat kelamin”, yang merupakan pengertian zina yang sesungguhnya, itu menunjukkan penjelasan terhadap “sesuatu” pada ungkapan-ungkapan sebelumnya.

Zinanya mata adalah melihat [sesuatu], zinanya lisan adalah mengucapkan [sesuatu], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [sesuatu], sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]. … (HR Bukhari & Muslim)

Jadi, “sesuatu” yang hendaknya kita hindari itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin. Inilah yang dimaksud dengan “sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]“.

Dengan demikian, melihat nonmuhrim tidak selalu merupakan zina mata. Yang tergolong “zina mata” (berzina dengan mata) adalah melihat dengan syahwat. Misalnya: memandangi foto porno, mengintip cewek mandi, dsb.

Secara demikian pula, menyampaikan kata-kata mesra kepada sang pacar bukanlah tergolong “zina lisan”. Yang tergolong “zina lisan” adalah yang disertai dengan nafsu birahi. Contohnya: ucapan mesum kepada sang kekasih, “Aku ingin sekali meletakkan mulutku ke mulutmu berpagutan dalam ciuman.”

Dengan demikian pula, merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia bukanlah tergolong “zina hati”. Pengertian “zina hati” (berzina dalam hati) adalah mengharap dan menginginkan pemenuhan nafsu birahi. Contohnya: berpikiran mesum, “Kapan-kapan aku akan ke tempat kostnya saat sepi tiada orang lain. Siapa tahu dia mau kuajak ‘begituan’.”

Demikian pula untuk “zina tangan”, “zina kaki”, dan berbagai aktivitas mendekati-zina lainnya

Wallaahu a’lam.
 

Apa itu Polis Cinta?, Apa itu zina “anggota”?, Cinta? --> http://leokid.wordpress.com/2010/03/18/zina-hati-tangan-kaki-mulut-mata/

~Kasih Ibu Dan Ayah~

"Ina, dah habis ke barang?" Umi dan Abi bertanya. Berpeluh mengangkat barang, membantu saya pindah masuk asrama.

"Ada lagi dalam stor". Umi tenang menjawab, "tak apalah, kita angkat sama-sama".

Satu rasa menyelinap ke dalam hati. Antara sayu dan terharu. Semuanya bercampur-aduk membuatkan saya terpana. Terasa ingin didakap erat tubuh Umi dan Abi.
Tidak mahu dilepaskan lagi.

Pengorbanan

Umi mengangkat baldi di tangan kanan, bakul di tangan kiri sementara saya terkial-kial mengangkat satu kotak yang penuh berisi buku. Abi menunggu di luar, ingin menyambut huluran barang dari kami.

Basah sudah wajah dan tubuh Umi dan Abi. Semenjak siang menemani saya. Sejak dari pendaftaran kursus sehinggalah ke pengambilan kunci.
Biarpun ada masalah sedikit, Abi tetap berkata, "tak apa..sabar, sabar".

Kemarahan yang mahu meresap ke relung hati serta-merta hilang. Kepenatan yang saya lalui sedikit memuhasabah diri, Umi dan Abi tentu lebih penat!

Situasi yang saya lalui, bukan sahaja dilalui oleh saya seorang. Apa yang dapat saya lihat, berduyun-duyun ibu bapa yang datang menghantar anak-anak memasuki semester baru. Mengangkat barang-barang yang berat biarpun terkial-kial. Namun senyuman tetap terukir di wajah biar badan letih lesu.

Besarnya pengorbanan seorang ibu dan bapa.

Apakah anak-anak masih tidak mampu untuk melihat?

Saban hari, rumah-rumah orang tua semakin penuh terisi. Lupakah sudah si anak akan pengorbanan ibu dan bapa mereka?

Lupakah pada ibu yang mengandungkan sembilan bulan, lupakah pada ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki demi melihat hidup anaknya terbela?

Anak vs Ibu Bapa

"Seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu", Abi bersuara di dalam kereta, menyatakan kekesalan pada anak-anak muda yang semakin lupa asal-usulnya.

Dalam diam saya mengiyakan. Betapa si ibu menatang anak-anaknya semenjak kecil dan mengasuh dengan kasih,  tetapi apabila si anak telah dewasa, berjumpa pula dengan kekasih hati. Mindanya terus tertutup untuk memikirkan pengorbanan si ibu semenjak dirinya kecil.

Hati ibu mana yang tidak terluka apabila anak-anaknya menengking-nengking, bercakap kasar, apatah lagi jika perbuatan buruk anaknya menjadi bualan mulut orang.

"Ah, diorang tu memang suka cakap pasal orang lain! Sibuk jaga hal orang! Sibuk buat fitnah!" katanya dengan ego.

Benar, benar sekali. Dalam Islam kita dilarang menabur fitnah. Tapi harus diingat, Islam juga menyuruh kita agar melindungi diri daripada menjadi bahan fitnah.

Bagaimana?

Contohnya, tidak mahu difitnah melakukan bukan-bukan kerana pakaian yang tidak elok, maka pakailah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.

Jika rasa dengan bermegah-megah dengan kelebihan mampu mendatangkan fitnah, maka merendah dirilah dalam segala hal.

Begitulah, Islam itu adil dan seimbang. Jika tidak mahu difitnah, jangan jadikan diri bahan fitnah.

Apabila orang sudah mula mengata, nilai kembali diri. Apakah mereka yang benar-benar salah, atau diri kita terlibat sama?

Yang mengata juga harus menilai diri. Jangan cepat benar menghukum. Hati manusia sungguh-sungguh tidak dapat ditembusi oleh minda manusia juga. Serahkan jagaannya pada Allah, pemilik seluruh alam..

Kembalilah

Wahai anak-anak muda sekalian! Kembalilah menuju cinta-Nya. Kembalilah menggapai redha-Nya dengan mendapatkan redha kedua ibu bapamu.

Apa ertinya hidup andai dipenuhi denganya benci dan dendam.
Apa ertinya hidup andai hati tidak tenteram.
Apa ertinya hidup andai diri sendiri tidak dapat memanusiakan diri.


"Jalan elok-elok. Jangan tidur masa drive". Saya memeluk erat Umi dan Abi. Sungguh saya sayang kalian sangat-sangat kerana Allah semata.

Maafkan segala kesalahan anakmu ini.

Sahabat, kembalilah dalam dakapan ibu dan bapamu.

Biar hatimu pernah terguris.
Biar jiwamu hancur dihiris.


Selagimana suruhannya tidak melanggar perintah Allah, cubalah untuk taat.

Ingatlah. Tanpa mereka, siapalah kita.

'Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.' (Al-Ankabut, 29:8)

Wallahu'alam





Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapa. Baginda s.a.w. bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT)akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
 




Kisah Pengurus, Anak Dan Seorang Ibu

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon,pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga  perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"

Gadis itu menjawab "Tidak".

Pengurus itu  bertanya lagi, "Jadi  adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah  membayar  semua yuran pengajian saya".

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?"
Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".

Gadis itu menjawab, " Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air  di tangannya.

Lama-kelamaan  gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti . Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya  yang cemerlang  dan juga demi masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya
"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".

Gadis itu menjawab
"Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab. "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti  betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya.Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah.Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Friday, 6 May 2011

Kerak Nasi Untuk Ibu

Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.

"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.

Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.

Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.
Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.
Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :

"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."

Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"

Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."

Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."

Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'

"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..

Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..

"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

Perbualan Ibu Dan Bayi Dalam Perut

Apa bayi buat dalam perut?

(temuramah secara maya)

Sebenarnya ada dua soalan, apa bayi buat dalam perut dan apa korang buat dalam dunia ni…Untuk mengetahui apa yang bayi buat dalam perut, kita tanya seorang ibu (kononnya) yang di beri izin oleh Allah untuk bercakap dengan bayinya….

BERCAKAP DENGAN BAYI:

Ibu: Apa kabar kau?

Bayi: Kabar baik aku.

Ibu: Apa kau buat kat dalam tu?

Bayi:Aku duk pusing2 sambil makan2.

Ibu: Ada apa kat dalam?

Bayi: Tak nampak apa2, gelap tapi nyaman, tidak sejuk dan panas, sambil makan2. Aku selesa di sini.

Ibu: Apa kau makan kat dalam tu?

Bayi:Makanan yang dihantar melalui tali pusat.

Ibu: Oh..Itu darah haid…agaknya.

Bayi: Apa itu darah haid.?

Ibu:.. kalau ibu cakap pun kau bukannya paham..

Bayi: Cakap je lah..

Ibu: Perempuan kalau tidak beranak keluar darah haid, tapi bila dah mengandung darah haid dah takde, Allah tukar jadi makanan bayi ..ibu rasalah…agaknya.

Bayi: Tak faham aku..

Ibu: Kang ibu dah cakap….

Bayi: Tapi aku tak sedap hatilah, aku makin hari makin sukar bergerak, ada benda2 tak berguna keluar dari badan aku dan menganggu aku.

Ibu: Patutlah kau duduk terajang-terajang, rupa2nya kau tak bebas bergerak..Itu adalah tangan dan kaki kau, kau tak perlukan kat dalam tu tapi bila kau keluar kau sangat2 perlukan tangan dan kaki kau tu..

Bayi: Ah taknaklah saya, baik saya gunakan zat tu untuk besarkan tali pusat. Boleh makan banyak sikit.

Ibu: Jangan begitu anakku, bila kau lahir nanti takkan ade doctor boleh cipta kaki untuk kau, kau akan cacat selama-lamanya…kau tak boleh naik basikal

Bayi: Basikal tu apa?

Ibu:Itu adalah salah satu nikmat dunia, bila sampai masa nanti kau akan kena keluar dari perut mak, kau akan menagis terkejut…

Bayi: Baiklah mak…tapi saya tak takut kerana tuhan dah bagitau bila saya keluar nanti ada malaikat jaga saya.

Ibu: Malaikat?, Siapa nama malaikt tu…?

Tuhan kata panggilah dia: BONDA.

Tammat…

Sekarang korang ikuti temubual aku bersama makhluk ‘engkau’…

BERCAKAP DENGAN ENGKAU:

Aku: Apa kabar kau?

Engkau: Kabar baik aku.

Aku: Apa kau buat kat dunia ni?

Engkau:Aku duk pusing2 sambil cari makan..

Aku: Apa yang kau makan?

Engkau:yang halal. Macam2 ada: nasi ayam, nasi itik. Nasi goreng kampong…

Aku: Oh..Itu makanan dari tanah.Akhirat nanti makan dari khazanah Allah..

Engkau:: Apa itu khazanah Allah..

Aku:.. kalau aku cakap pun kau bukanya paham..

Engkau:: Cakap je lah..

Aku: Khazanah Allah ,makan dlm shurga kau niat je terus muncul, macam magik ler…

Engkau:: Tak faham aku..

Aku: Kang aku dah cakap….

Engkau: Tapi aku tak sedap hatilah ramai pendaqwah ganggu aku, mintak aku bagi masa dengar ceramah, tak bebas aku dibuatnya…

Aku: Patutlah kau lari2, rupa2nya kau rasa tak bebas bergerak. Diorang tu mintak masa supaya akhirat nanti kau tak rugi…bila kau tak solat, akhirat nanti takde kepala, kau tau?

Engkau:: ye ke ni,,,Ah taknaklah aku, baik aku gunakan masa tu untuk besarkan pernigaan aku. Boleh makan banyak sikit.

Aku: Janganlah begitu engkau…, bila kau dah jadi mayat nanti takkan ade org boleh tolong kau dalam kubur, padang mahshar, titi sirat…tak dapat shafaat nabi.

Engkau:: Shafaat tu ape?

Aku; Itu adalah salah satu nikmat akhirat, Nabi bagi kat org yg ikut sunnah dia…bila sampai masa nanti kau akan akan jadi mayat, baru kau tau…kau akan menangis terkejut…

Engkau: ah..mulalah nak daqwah aku tu…. aku sibuklah nak baca blog engkau ni baik aku pergi besar kan ‘tali pusat’ aku….

Sigh out….

Disini solat, puasa, haji memang tak nampak manfaat, tapi korang akan dapat manfaatnya disana, akhirat yang kekal abadi…macam bayi, dalam rahim tangan, kaki, mana ada manfaat, bila dah beranak kalau cacat, cacat selama-lamanya, tali pusat yang paling sedap dalam perut mak kita jika bagi kat korang sekarang, muntah bueekkk, korang…tapi manusia hari ini sibuk besarkan ‘tali pusat’ hingga lupa pada perintah Allah…nauzubillah…

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Adik Beradik

*Kepercayaan sekadar satu panduan.
Sulung= anak pertama, bongsu=anak terakhir, yang lain semuanya tengah.

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:


Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.


p/s: article ni dipetik drp sini


kelebihan anak sulung..

Ramai yang menyatakan, dibesarkan sebagai anak sulung amatlah membebankan disebabkan dipaksa menjaga adik-adik (tak termasuk makan pakai serta buang air mereka) serta anak sulung haruslah bertanggungjawab dalam keluarga. Eh, kenapa nak tengok dari sudut pandangan negatif? Mari kita bongkar sedikit kelebihan menjadi anak sulung.

Situasi dimana kononnya kita ada 3 beradik
Angah : Along, siapa nak jaga adik ni?
Along : Eh, kau lah jaga.
Angah : Nanti dia kencing, berak siapa nak basuh?
Along : Dulu kau kecil, Along yang basuh. Ni giliran kau pula.
Angah : (buat muka bengang)
Bongsu : (terbaring)
01. Si sulung sebagai ketua dalam organisasi adik beradik.
Anak sulung biasanya adalah ketua dalam organisasi adik beradik memandangkan peluang untuk menjadi ketua organisasi keluarga adalah mustahil. Apa gila nak gulingkan bapa dan emak semata-mata nak memerintah dalam rumah? Dapat memerintah dan menguasai adik-adik sudah mencukupi. Kadangkala, arahan daripada Emak atau Abah dapat disalurkan terus kepada adik-adik (dengan amaran bahawa kerja itu akan sempurna - kalau tidak diri sendiri yang akan kena semula).

Contoh : Nak bermain dalam rumah sewaktu Emak dan Abah sedang tidur petang, si Along yang akan mengawal adik-adik dengan jerkahan dan jelingan tajam supaya adik-adik boleh mengawal diri daripada bising dan menjadikan si Along mangsa daripada dimarahi semula.

Along : Jangan bising, mak dan abah nak tidur.
Adik-adik : (bising main)
Mak : (jerit) Kenapa bising sangat di luar tu? Tengokkan adik-adik.
Along : Ya Mak! Budak-budak ni tak dengar cakap!
Mak : Cubitkan kalau bising lagi.
Along : Baik! (sambil buat mata bersinar-sinar)
Adik-adik : (senyap sunyi)

02. Latihan menjadi seorang pemimpin dan dipimpin secara teratur.
Ya. Menjadi anak sulung, kita telah disiapkan dengan moto sedia untuk memimpin dan dipimpin. Betul. Bukan sekadar untuk dipimpin atau memimpin ketika melintas jalan raya, tetapi juga latihan memimpin anak-anak buah (sebagai contoh : adik yang berderet-deret dibawah kita). Jika telah dipersiapkan daripada kecil, sudah semestinya akan menjadikan anak sulung sebagai penerima perintah dan pemerintah yang baik (bukanlah menyatakan adik beradik lain tidak bagus).

Dan ia juga menjadikan serta melatih adik beradik lain jadi pekerja atau penerima perintah yang baik. 
Contoh pengurusan organisasi yang baik
Along : Sikit lagi, sikit lagi.
Bongsu : Tak sampai lagi. Angah, tolak atas lagi.
Angah : Aku dah penat ni, cepatlah.
Along : Jangan merungut, cepat!
03. Sentiasa persiapan yang terbaik dan hampir sempurna.
Ada sesiapa di dunia ini tidak teruja mendapat anak sulung? Alangkah orang yang mengandung tanpa ikatan yang sah juga mahu menyambut kelahiran anak sulung dengan baik. Jika disebut anak sulung, segalanya pasti yang baru serta disertai dengan perasaan teruja yang merangsang adrenalin. 

Anak sulung lahir - Kecoh sekampung serta jadi bualan seluruh keluarga. Lebih-lebih lagi kalau jadi cucu sulung, memang akan sentiasa mendapat perhatian datuk dan nenek.

Anak sulung pandai merangkak, berjalan, bercakap - Habis lima album penuh dengan segala proses tumbesaran anak. Teruja katakan. Habis anak sulung diagah dan dijaga dengan baik. Bukan senang nak nampak anak membesar depan mata kan?

Anak sulung masuk sekolah/universiti - Dari masuk tadika, darjah satu, tingkatan satu, matrikulasi, universiti, segala persiapan adalah ditahap terbaik dan kualiti terjaga. Itulah anak pertama yang masuk sekolah. Ikatkan reben ketat-ketat dirambut, baju bergosok licin, beg sekolah, alat-alat tulis semua bersinar-sinar dalam beg. Mana ada dapat barang terpakai? Semua baru. Harga tak penting, mahal ke murah, yang penting anak diberi layanan baru.

Abah : Kau tengok Along kau masuk universiti.
Adik : Universiti tu apa?
Abah : Tempat orang pandai belajar.
Adik : Oh...
Abah : Besar nanti jadi macam Along. Belajar rajin-rajin, dapat masuk universiti, belajar dalam tu.
Adik : Ya (tertekan)

Anak sulung habis belajar/mula kerja - Itulah anak pertama yang dapat masuk universiti. Itulah kali pertama dapat tengok anak hadiri majlis graduasi. Yang pertama sudah membuahkan hasil, supaya dapat jadi contoh pada anak-anak lain dibawah. Ni kadang-kadang adik nak cuit-cuit jubah graduasi pun boleh diajak bertumbuk sebab nak jaga jubah licin masa nak berarak masuk dewan. Ketawa.

Bila anak sulung dah mula kerja, ibubapa tersengih gembira. Sebahagian daripada misi menjadikan anak manusia dah tercapai. Anak hulur duit sedikit pun dah buat hati berbunga-bunga, ingat juga anak dengan jasa mereka walaupun tak pernah meminta.

Anak sulung kahwin - Ni belum pernah dilalui, tapi berdasarkan pengalaman sekeliling, memang kalau anak sulung kahwin, habis tumbang lembu, ayam, kerbau, segala macam. Kali pertama sambut menantu. Dulu tengok ibubapa sendiri yang berhabisan masa kahwin, ni sampai giliran anak sendiri, takkan mahu ketinggalan meraikan. Betul tak ibubapa di luar sana?

04 - Diberikan perhatian yang lebih (sampailah muncul adik baru)
Kebiasaannya begitu. Selagi belum ada adik beradik lain, memanglah ibubapa akan berikan perhatian secara berlebihan pada anak sulung.
Agak-agak dapat pegang begini lagi kalau kau anak kedua, ketiga dan seterusnya?
Bukan setakat berjalan pegang tangan, dapat buat segala-galanya dalam perhatian. Kalau tidak, takkanlah album gambar anak sulung sampai terkeluar-keluar dari almari sebab penuh sangat kan? Itu tak termasuk kalau ada rakaman video, memang makan hati anak bongsu tengok. Lagi-lagi sekarang semua dah guna kamera digital, apa kau ingat Abah dan Emak rajin nak pergi cetak gambar tu? Tengok dalam komputer sudah.

Adik : Kenapa gambar Along masa kecil dulu banyak?
Along: Sebab dulu orang guna kamera pakai filem, filem kena cuci, simpan dalam album.
Adik : Kenapa gambar adik sikit sangat?
Along : Sebab Along lagi bagus daripada Adik. Sebab tu Abah simpan gambar Along lagi banyak.
Adik : Tipulah!
Along : Betul.
Adik : Sekarang kamera lagi canggih daripada dulu.
Along : Sebab canggihlah, gambar adik dalam komputer sahaja. (ketawa)

05. Dapat rasa segala-galanya buat kali pertama - Perasmi.
Dari pakaian, mainan sampailah segala macam benda yang diperturunkan kepada adik beradik lain, anak sulung adalah perasminya. Lagi-lagi kalau anak sulung seorang yang cermat, memang adik-adik makan hati tak dapat beli barang baru disebabkan anak sulung jaga barangnya dengan baik.
Budak kecil mana boleh beri mainan baru sebab dia tak padai guna lagi
Adik : Mak, kenapa tak dapat beli mainan baru macam anak Pak Long?
Mak : Sebab mainan Along boleh pakai lagi. Mainlah sama-sama.
Adik : Nak beli yang baru!
Mak : Kan mainan tu boleh guna lagi.
Adik : (patahkan mainan Along) Dah rosak.
Along : Mak, adik rosakkan mainan Along!
Mak : Meh sini! (kejar adik satu rumah)
hahahaha.. itu sjela yg aku nk share..rs mcm ad lg.. huhu.. papepun sya bersyukur dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak sulung..^_~ hihihi.. bukanya nk kte ank last ni malang cuma ank sulung ni lebih ckit kot advantage..hehehe.. (kang xpsl2 kna boikot ngn ank last..) just 4 sharing..