Selamat hari ibu kepada ibu-ibu di luar sana.. terutama sekali kepada ibuku JAMILAH BT HAMID.. selamat hari ibu mak :)
Sayang Mak.... |
Mak.. terima kasih di atas semua pengorbanan mak selama ni dalam mendidik dan membesarkan kami adk beradik.. Kami tahu, kami dan adik beradikk dah banyak buat salah pada mak..kami berdosa pada mak.. kami banyak menyusahkan mak.. mak dah banyak bersabar dengan karenah kami semua.. ampunkan kami mak.ampunkan kami.. InsyaAllah kami janji kami cuba untuk tidak menyusahkan mak lagi, tidak sakitkan hati mak lagi..
Besar pengorbanan mak.. tak ternilai.. mak banyak membantu Abah mencari rezeki untuk kita semua.. sedikit sebanyak mak meringankan beban Abah semata mata untuk membesarkan kami, bagi pelajaran pada kami.. Pagi petang siang malam mak xpernah jemu buat kuih untuk jual..walaupun mak letih buat semua tu..mak tetap teruskan.. semua ni hanya untuk beri rezeki yang secukupnya pada kami..mak xnak kami susah.. Apa yang kami nak semua mak tunaikan.. sekarang ni anak2 mak semua tengah belajar.. Hal2 rumah semua mak yang uruskan..pagi mak buat kuih..lepas buat kuih mak terus masak tgh hari pula..lepas masak pergi amik adik kat sekolah pula..lepas tu hantar untuk kelas petang pula.. lepas siap diri solat semua mak terus sambung wat kuih sampai petang.. bila mak rehat?nak siapkan kerja2 rumah lagi..banyk kan kerja mak..mesti mak letih.. 'Cek' kt sini jauh..xbleh nak tolong mak wat kerja rumah..hmm..sebak rasa.. kadang2 malam pun mak buat kuih.. Bila tempahan tak banyak barula mak ada masa sikit untuk rehat kan.. semua keja mak uruskan..ada ja kerja mak nk buat..bila kami semua cuti barula ringan sikit beban mak kan..mak xpernah mengeluh..
Teringat masa tahun lepas..masa mak sibuk buat kuih jari mak termasuk dalam mesin canai..luka.. Ya Allah..sebaknya hati ni.. Mak sikit pun tak bagitaw kami..sedar2 kami nampak jari mak dah berbalut..bila tanya baru mak cerita.. betapa berharganya seorang ibu.. Mak.. kami adik beradik minta ampun pd mak, kami banyak berdosa pada mak.. kami sangat sayangkan mak.. Terima kasih mak atas pengorbanan mak membesarkan kami.. Tanpa mak tak adala kami..
I LOVE YOU MOM.. LOVE YOU SO MUCH!.. THANK YOU FOR EVERYTHING..
Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku.. Kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku Ya Allah.. Kau berilah kesempatan kepadaku untuk membalas jasa-jasa mereka Ya Allah.. Kau berilah kesempatan kepada ibu bapaku melihat kejayaanku ini.. Kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga.. sesungguhnya Kau lah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Amin Ya Rabbal'alamin..
Kasih anak sepanjang jalan, kasih ibu sepanjang hayat. Ya Allah, curahkan kasih sayang-Mu pada orang tuaku.
" Allahummaghfirlanaa waliwaalidainaa warhamhumaa kamaa rabbayanii shaghiiraa." Amiin..
" Allahummaghfirlanaa waliwaalidainaa warhamhumaa kamaa rabbayanii shaghiiraa." Amiin..
Buatmu Ibu
Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?
Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Air Mata Ibu
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu
Apakah sebenarnyaDan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu
No comments:
Post a Comment