Saturday, 31 March 2012

muhasabah diri

Sebelum kita terkejar2 lelaki yang soleh, suami yang soleh perbaikilah diri kita dahulu.. sudah cukup SOLEHAH kah kita?sudah cukupkah amalan kita didunia? tak perlulah kita terlalu taksub dengan cinta manusia, Cinta Allah kekal abadi.. Andai ada jodoh pasti akan tiba juga pada masanya nanti.. carilah ilmu sebanyak mungkin seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi tetapi beribadatlah kepada Allah seolah2 kita akan mati esok hari. Yakinlah bahawa mati itu pasti. nak kah kita mati dalam keadaan banyak dosa? tak terfikirkah kita azab yang bakal terima? tak terfikirkah kita dunia ni sementara sahaja?tak mahukah kita masuk syurga Allah yang indah itu? Cukup2lah kita sibuk dengan hal dunia yang sementara ini. Sama-samalah kita perbaiki diri kita.. Kita nak hijab diri kita dengan tudung memang mudah, tetapi nak hijabkan hati kita cukup susah kan? Cubalah.. cuba cuba cuba dan cuba.. Pedulikan apa yang orang cakap, ambilkiralah pandangan Allah dan jangan malu pada manusia untuk berubah tetapi malulah pada Allah s.w.t dan RasulNya.. paksa diri kita buat perkara2 yang wajib dulu..sempurnakan solat dan tutup aurat, paksa diri istiqamah buat kebaikan, banyakkan solat taubat..selalulah ingat pada kematian.. perkara yang dibiasakan akan menimbulkan keihklasan dikemudiaan hari. Allah maha mengetahui dan janji Allah itu pasti. InsyaAllah Allah akan beri hidayah pada kita... Hidayah perlu dicari! jangan kita sibuk mencari jodoh tapi hidayah kita tak cari! Na'uzubillah.. Ya Allah ya tuhanku, Kau lindungilah aku dari perkara-perakara yang melalaikanku Ya Allah.. lembutkanlah hatiku ini Ya Allah..
Wanita solehah sentiasa bersedia berjumpa dgn sahabat teragung iaitu KEMATIAN.. Senang untuk menjadi solehah, tetapi kita sering menjadikannya SUSAH!
Ya Allah, Kau permudahkanlah, Kau tetapkanlah imanku di atas jalan agamaMu.. jauhkanlah aku dr sifat2 yg akan membinasakanku dlm nerakaMu.. Ameen..
tetapkanlah matlamat SYURGA dlm hati kita.. cuba cuba cuba!!!

Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat yang disayangi.. learn to be a gud muslim or muslimah..




1 comment:

  1. Hey buddy that was a gud post
    lot of quality stuff and essential information
    1993 Mitsubishi Mirage AC Compressor

    ReplyDelete